Khamis, 23 Oktober 2008

indahnya keluargaku



Assalamualaikum,
Buat pembaca budiman.... khususnya adik-adik yang tersayang. Sesungguhnya Long merasa amat bersyukur kerana telah dikurniakan Allah sebuah keluarga yang harmoni. Walaupun kehidupan kita sederhana, namun long merasa gembira kerana kita mampu dibesarkan dengan penuh kasih sayang yang mana akhirnya kita mampu berjaya sehingga setakat apa yang kita punya sekarang.
Alhamdulillah....
Lihatlah, betapa bahagianya keluarga kita. Walaupun kita berjauhan, namun kita masih mampu berhubungan terutama buat adik yang kini masih lagi meneruskan pengajiannya jauh di negeri orang. Sama-samalah kita mendoakan semoga adik mampu mencapai keputusan yang terbaik seterusnya menjulang nama famili kita.
Apa yang long harapkan, agar adik-adik yang long sayangi ini akan terus menghargai jasa mak dan abah yang telah banyak berkorban untuk kita semua. Jangan sekali-kali kita melupakan mereka, kerana tanpa mereka siapalah kita di dunia ini. Biar setinggi mana pun kejayaan kita, jawatan kita, gaji kita, tanpa mereka , akan berjayakah kita? Didiklah hati kita untuk tunduk pada mereka yang lebih tua. Salam buat semua.

Jumaat, 29 Ogos 2008

Kejayaanku


Syukur pada yang Maha Esa. Moga apa yang dipelajari pada hari ini akan dapat digunakan dalam proses p&p dan saling berhubungan dengan rakan-rakan dalam dunia ict. Kena selalu buat supaya tak lupa. Datang dengan harapan, pulang dengan hasilan .

Hasilku




Alhamdulillah, akhirnya berjaya juga aku membina blog . Mulanya rasa macam takut-takut juga , maklumlah tak pernah pun menulis dalam internet ni. Rasa macam tak sabar nak beremail, dan menulis cerita yang pelbagai dalam blog ni, boleh bertukar-tukar cerita dengan rakan-rakan. Alamak, lupalah pula! Kat rumah tak da internet lah. Kalau macam ni, kena masuklah talian internet. Kalau tidak sesia aje apa yang diajarkan. Tq bebanyak kat Cikgu Azlan kerana sudi mengajar kami. Bagi kekawan yang lain, tahniah juga aku ucapkan. Moga lepas ni semuanya succes.